Wednesday, March 10, 2010

Pemansuhan Caj Wad Bagi Penjawat Awam Dan Pesara


Kerajaan akan memansuhkan bayaran wad bagi penjawat awam dan pesara yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berkuatkuasa 1 April ini. Selain pegawai dan pesara, anggota keluarga dan ibu bapa mereka juga turut menerima kemudahan tersebut. Pemansuhan itu juga tidak menjejaskan kelayakan yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred mereka.

Manakala kelayakan bagi pesara dan anggota keluarga mereka adalah berdasarkan pada gred hakiki terakhir pegawai sebelum besara.

Berlainan pula dengan kes, sekiranya pegawai atau pesara yang meminta untuk dimasukkan ke wad yang lebih tinggi daripada kelayakan yang ditetapkan, mereka perlulah membayar wang pendahuluan terlebih dahulu seperti orang awam.

No comments:

Post a Comment