Wednesday, March 10, 2010

Pemansuhan Caj Wad

Yahooo...

Arini aku nak berkongsi dengan korang sume yang sudi baca blog aku ni...

Aku rase gembira sangat...tapi bukan untuk aku sorang je...lebih kurang 1.2 juta kakitangan kerajaan dan seramai 450 ribu pesara juga turut gembira macam aku kerana bakal menerima penghargaan atas pemansuhan caj wad di semua hospital kerajaan bermula 1 April ini.

Kepada kakitangan awam dan pesara, berita ini adalah salah satu 'hadiah' kerajaan kepada mereka yang selama ini menyumbang tenaga untuk membangunkan negara...itu termasuk aku la tu...hehe

Selain berterima kasih kepada kerajaan, aku juga turut bersyukur sebab bile kerajaan dah umumkan sekaligus benda ni dapat meringankan beban penjawat awam...bukan korang tak tau dalam zaman sekarang nih...sume pakai duit...betul tak?

Ni je la yang aku nak kongsi ngan korang sume....

Hingga bersua lagi.

Pemansuhan Caj Wad Bagi Penjawat Awam Dan Pesara


Kerajaan akan memansuhkan bayaran wad bagi penjawat awam dan pesara yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berkuatkuasa 1 April ini. Selain pegawai dan pesara, anggota keluarga dan ibu bapa mereka juga turut menerima kemudahan tersebut. Pemansuhan itu juga tidak menjejaskan kelayakan yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred mereka.

Manakala kelayakan bagi pesara dan anggota keluarga mereka adalah berdasarkan pada gred hakiki terakhir pegawai sebelum besara.

Berlainan pula dengan kes, sekiranya pegawai atau pesara yang meminta untuk dimasukkan ke wad yang lebih tinggi daripada kelayakan yang ditetapkan, mereka perlulah membayar wang pendahuluan terlebih dahulu seperti orang awam.

Monday, March 8, 2010

Upin & Ipin

Best tau...jangan tak tengok??????

Menu ari ni



Bahan-bahan ( sekeluarga )

3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat
7 biji telur ayam
1 cawan air


Cara-cara
Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.
Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........
Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga.......